Welcome to my nature life, hope you enjoy reading. It's only 'conteng-conteng' on a freetime :)p
RSS

15 March 2012

Nasi Ayam Madu

Ni la nasi ayam madu. Baru belajar cara membuatnya dengan kakak. Gigih tak gigih gak la kan belajar masak nasi ayam...biasanye kalau nak makan beli je kat kedai..tak kuasa nak masak-masak bagai..bukan apa...terlampau senang sampai malas nak masak...(senang ke?..haha...cakap jela malas kan...) Ok..jom kita tengok apa bahan-bahannya dan cara membuatnya...

Bahan-bahan Sup 
1 ketul sup bunjut
1 ketul halia sebesar ibu jari (ketuk)
4 ulas bawang putih (ketuk)
2 batang kayu manis
1 ekor ayam yang tidak dipotong
Daun sup dan daun bawang

Tumiskan halia, bawang putih, kayu manis dan sup bunjut sehingga naik bau. Kemudian masukkan air yang banyak untuk membuat kuah sup. Setelah beberapa ketika, masukkan seekor ayam yang telah dibersihkan kedalam sup tadi. Masak sehingga mendidih dan pastikan ayam tadi empuk.  Kemudian angkat ayam dan toskan. Akhir sekali masukkan garam dan daun sup kedalam kuah. Hias bersama daun bawang serta bawang goreng untuk lebih enak.

Bahan-bahan nasi ayam
Beras yang telah dibasuh 
2 ulas bawang putih yang telah diketuk
1 ketul halia juga diketuk
2 batang kayu manis
3 biji bunga lawang
Sedikit planta / minyak sapi untuk menumis
Sedikit garam dan kunyit
Air rebusan ayam

Masukkan sedikit garam dan kunyit kedalam beras yang telah dibasuh. Masuk dalam periuk nasi. Tumiskan bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang dengan menggunakan planta atau minyak sapi didalam bekas yang berasingan daripada beras tadi. Tumis sehingga garing. Setelah garing angkat bahan tumisan dan masukkan ke dalam periuk berisi beras tadi. Masukkan air rebusan ayam yang diambil sedikit semasa merebus ayam tadi dan masukkan ke dalam beras. Sebanyak mana tu anggar la sendiri macam kita masak nasi biasa. Gaulkan kesemuanya dan masak nasi tadi.

Bahan-bahan sos
5 biji cili besar
2 ulas bawang putih
1 ketul halia
2 sudu cuka
2 sudu sos cili
sedikit gula dan garam

Kisar cili besar, bawang putih dan halia sehingga lumat. Didihkan di dalam periuk. Masukkan cuka, sos cili dan sedikit gula dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit air jika ia pekat. Didihkan dan siap dihidang.

Untuk menyediakan ayam madu pula, campurkan kicap pekat dan madu dan kacau sehingga sebati. Kemudian ambil seekor ayam yang telah direbus dan ditoskan tadi dan sapukan dengan campuran kicap dan madu. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali, kemudian goreng ayam tadi sehingga kuning keemasan. Tidak perlu goreng lama-lama sebab ayam tadi dah masak. Bila dah masak, angkat dan boleh lah dipotong-potong. Siap!...

Sup dah siap, nasi dah masak, sos pun dah didih, ayam pulak dah potong. Last sekali potong-potong bahan hiasan seperti tomato, salad dan timun untuk dihidangkan bersama. Sedia untuk dimakan....

06 March 2012

Kenapa aku tulis blog?

Ada macam-macam sebab kenapa orang suka tulis blog. Kebanyakannya sebab nak dapat duit. Macam mana tulis blog pun boleh dapat duit? Melalui iklan yang diletakkan di dalam blog tersebut. Kalau banyak yang view banyak la dapat duit.

Tapi aku tak tulis blog ni sebab nak dapat duit. 

Sebab utama ialah untuk suka-suka. Mengisi masa lapang. Disebabkan aku suka membaca, maka aku juga suka menulis. Tapi bukan la menulis macam time sekolah dulu. Macam nak buat karangan tu.

Sebab kedua ialah untuk berkongsi apa-apa sahaja cerita berkenaan kehidupan dengan kawan-kawan terutamanya sahabat-sahabatku. Tak kesah la cerita ape pon. Memandangkan jarak menjadi penghalang, blog adalah satu medium yang boleh digunakan untuk mengetahui kisah hidup antara satu sama lain. Macam diari online la...tapi tak semua perkara kita boleh cerita kat blog. bahaya tu...

Sebab ketiga ialah aku ni background IT, study IT, kerja pon IT. Malu la jugak kalau orang IT tak tau ape tu blog. Macam mana nak create blog, ape fungsi blog. So blog ni adalah trial version untuk aku. memang la aku tak pandai menulis tapi sekurang-kurangnya aku dah reti nak guna macam mana nak tukar template, nak design blog dll. At least kalau orang tanye, ada la cket2 pengalaman yang boleh dikongsi kann.

Betol ke kalau tulis blog ni adalah untuk tontonan umum? Ish..tak malu ke kisah hidup nak cerita kat semua orang? Mula-mula, sebelum tulis blog ni memang persoalan tu yang bermain difikiran. Tapi selepas mencuba,  baru la aku tau sebenarnya kita boleh set supaya blog kita ni search engine tak boleh crawl..so dengan kate lain, bila orang google dia tak akan jumpa kecuali url blog kita ada diletakkan di website lain. kita juga boleh set supaya blog kita tidak disenaraikan di dalam senarai web blog. 

 


Ini bagi yang blogger macam aku yang tak suka nak hebah-hebahkan kepada umum atau satu dunia. Cukup sekadar untuk tatapan kawan-kawan terdekat.

Tapi kalau ada sesiapa yang terbaca, alhamdulillah kerana anda berpeluang membacanya. cewahhh..poyonye ayat..macam la bagus sangat blog nih....wekk...memain jelah...lantak koranglah nak baca ke tak. hehe

Cuma pesanan dari penaja : blog ni tak perlu dikongsi dengan satu 'dunia'. tak best pon....hehe...malu mak...nyah....huhu....

16 February 2012

Dugaan dan kebahagiaan

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,Dia datangkan petir & kilat,Kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnya matahari....Rupa-rupanya Allah nak beri kita pelangi yang indah............. :)
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...Allah itu maha mengetahui. Siapa kita untuk mempersoalkan kenapa kita diuji dan diberi dugaan. Seharusnya kita bersyukur dengan dugaan yang diberikan kerana apabila kita diuji itu tandanya Allah sayangkan kita dan Dia mahu kita lebih dekat denganNya.


Syukur alhamdulillah Ya Allah kerana Engkau berikanku dugaan sebelum Kau berikan ku kebahagiaan ini Ya Allah. Ya Allah jangan lah kau ambil kebahagiaan ini dariku lagi...