Welcome to my nature life, hope you enjoy reading. It's only 'conteng-conteng' on a freetime :)p
RSS

15 March 2012

Nasi Ayam Madu

Ni la nasi ayam madu. Baru belajar cara membuatnya dengan kakak. Gigih tak gigih gak la kan belajar masak nasi ayam...biasanye kalau nak makan beli je kat kedai..tak kuasa nak masak-masak bagai..bukan apa...terlampau senang sampai malas nak masak...(senang ke?..haha...cakap jela malas kan...) Ok..jom kita tengok apa bahan-bahannya dan cara membuatnya...

Bahan-bahan Sup 
1 ketul sup bunjut
1 ketul halia sebesar ibu jari (ketuk)
4 ulas bawang putih (ketuk)
2 batang kayu manis
1 ekor ayam yang tidak dipotong
Daun sup dan daun bawang

Tumiskan halia, bawang putih, kayu manis dan sup bunjut sehingga naik bau. Kemudian masukkan air yang banyak untuk membuat kuah sup. Setelah beberapa ketika, masukkan seekor ayam yang telah dibersihkan kedalam sup tadi. Masak sehingga mendidih dan pastikan ayam tadi empuk.  Kemudian angkat ayam dan toskan. Akhir sekali masukkan garam dan daun sup kedalam kuah. Hias bersama daun bawang serta bawang goreng untuk lebih enak.

Bahan-bahan nasi ayam
Beras yang telah dibasuh 
2 ulas bawang putih yang telah diketuk
1 ketul halia juga diketuk
2 batang kayu manis
3 biji bunga lawang
Sedikit planta / minyak sapi untuk menumis
Sedikit garam dan kunyit
Air rebusan ayam

Masukkan sedikit garam dan kunyit kedalam beras yang telah dibasuh. Masuk dalam periuk nasi. Tumiskan bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang dengan menggunakan planta atau minyak sapi didalam bekas yang berasingan daripada beras tadi. Tumis sehingga garing. Setelah garing angkat bahan tumisan dan masukkan ke dalam periuk berisi beras tadi. Masukkan air rebusan ayam yang diambil sedikit semasa merebus ayam tadi dan masukkan ke dalam beras. Sebanyak mana tu anggar la sendiri macam kita masak nasi biasa. Gaulkan kesemuanya dan masak nasi tadi.

Bahan-bahan sos
5 biji cili besar
2 ulas bawang putih
1 ketul halia
2 sudu cuka
2 sudu sos cili
sedikit gula dan garam

Kisar cili besar, bawang putih dan halia sehingga lumat. Didihkan di dalam periuk. Masukkan cuka, sos cili dan sedikit gula dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit air jika ia pekat. Didihkan dan siap dihidang.

Untuk menyediakan ayam madu pula, campurkan kicap pekat dan madu dan kacau sehingga sebati. Kemudian ambil seekor ayam yang telah direbus dan ditoskan tadi dan sapukan dengan campuran kicap dan madu. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali, kemudian goreng ayam tadi sehingga kuning keemasan. Tidak perlu goreng lama-lama sebab ayam tadi dah masak. Bila dah masak, angkat dan boleh lah dipotong-potong. Siap!...

Sup dah siap, nasi dah masak, sos pun dah didih, ayam pulak dah potong. Last sekali potong-potong bahan hiasan seperti tomato, salad dan timun untuk dihidangkan bersama. Sedia untuk dimakan....

0 komen:

Post a Comment