Ada macam-macam sebab kenapa orang suka tulis blog. Kebanyakannya sebab nak dapat duit. Macam mana tulis blog pun boleh dapat duit? Melalui iklan yang diletakkan di dalam blog tersebut. Kalau banyak yang view banyak la dapat duit.
Tapi aku tak tulis blog ni sebab nak dapat duit.
Sebab utama ialah untuk suka-suka. Mengisi masa lapang. Disebabkan aku suka membaca, maka aku juga suka menulis. Tapi bukan la menulis macam time sekolah dulu. Macam nak buat karangan tu.
Sebab kedua ialah untuk berkongsi apa-apa sahaja cerita berkenaan kehidupan dengan kawan-kawan terutamanya sahabat-sahabatku. Tak kesah la cerita ape pon. Memandangkan jarak menjadi penghalang, blog adalah satu medium yang boleh digunakan untuk mengetahui kisah hidup antara satu sama lain. Macam diari online la...tapi tak semua perkara kita boleh cerita kat blog. bahaya tu...
Sebab ketiga ialah aku ni background IT, study IT, kerja pon IT. Malu la jugak kalau orang IT tak tau ape tu blog. Macam mana nak create blog, ape fungsi blog. So blog ni adalah trial version untuk aku. memang la aku tak pandai menulis tapi sekurang-kurangnya aku dah reti nak guna macam mana nak tukar template, nak design blog dll. At least kalau orang tanye, ada la cket2 pengalaman yang boleh dikongsi kann.
Betol ke kalau tulis blog ni adalah untuk tontonan umum? Ish..tak malu ke kisah hidup nak cerita kat semua orang? Mula-mula, sebelum tulis blog ni memang persoalan tu yang bermain difikiran. Tapi selepas mencuba, baru la aku tau sebenarnya kita boleh set supaya blog kita ni search engine tak boleh crawl..so dengan kate lain, bila orang google dia tak akan jumpa kecuali url blog kita ada diletakkan di website lain. kita juga boleh set supaya blog kita tidak disenaraikan di dalam senarai web blog.
Ini bagi yang blogger macam aku yang tak suka nak hebah-hebahkan kepada umum atau satu dunia. Cukup sekadar untuk tatapan kawan-kawan terdekat.
Ini bagi yang blogger macam aku yang tak suka nak hebah-hebahkan kepada umum atau satu dunia. Cukup sekadar untuk tatapan kawan-kawan terdekat.
Tapi kalau ada sesiapa yang terbaca, alhamdulillah kerana anda berpeluang membacanya. cewahhh..poyonye ayat..macam la bagus sangat blog nih....wekk...memain jelah...lantak koranglah nak baca ke tak. hehe
Cuma pesanan dari penaja : blog ni tak perlu dikongsi dengan satu 'dunia'. tak best pon....hehe...malu mak...nyah....huhu....


0 komen:
Post a Comment