Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...Allah itu maha mengetahui. Siapa kita untuk mempersoalkan kenapa kita diuji dan diberi dugaan. Seharusnya kita bersyukur dengan dugaan yang diberikan kerana apabila kita diuji itu tandanya Allah sayangkan kita dan Dia mahu kita lebih dekat denganNya.Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,Dia datangkan petir & kilat,Kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnya matahari....Rupa-rupanya Allah nak beri kita pelangi yang indah............. :)
Syukur alhamdulillah Ya Allah kerana Engkau berikanku dugaan sebelum Kau berikan ku kebahagiaan ini Ya Allah. Ya Allah jangan lah kau ambil kebahagiaan ini dariku lagi...

