14 Mac 2012, Selasa. Klinik pertama yang ku jejaki pada tahun ni. Bukan senang aku ni nak g klinik. Kalu bukan sebab dah tak tahan sangat...takde la aku sampai ke klinik Zalfah ni.
Oleh sebab klinik ni panel UKM, maka prosedurnye senang je. Tak perlu tunjuk ic atau kad pekerja. Tulis nama dan no pekerja pada buku dan dapat nombor giliran. Owh jangan lupa bagi buku biru (buku rawatan klinik panel yang disediakan oleh UKM) untuk dicop tarikh rawatan.
Sambil tunggu giliran untuk jumpa doktor, layan tv jap. Nasib ada tv. Tapi takde la tunggu lama sangat sebab time tu orang tak ramai. Aku pon masuk dengan penuh sopan dan bagi salam pada doktor. Doktor pun tanya sakit apa. Aku ni dah la tak reti nak cerita. Dah seminggu aku karang ayat nak cerita pada doktor pasal masalah sakit aku ni. "Saya ada dua masalah doktor. Masalah pertama, saya susah nak telan makanan atau minuman time pagi2...macam nak tercekik je bila makan".. Doktor pon kate "Okey...lagi?" Aku pun kate "Bila saya minum, time nak telan air, time tu gak la angin nak kluar macam sendawa tu...haa tu lah masalah saya doktor"....Doktor pon kate " Tu je masalah awak?..." Dalam hati aku berkata "Doktor ni biar betul....". Then doktor pun kate..."Okey, saya akan bagi surat refer ke klinik pakar sebab kami disini tak dapat nak cek masalah awak ni. takde alat canggih nak scan..." Huhuhuu...ponek je den....dengan cepat2 nye aku bg tau masalah kedua aku iaitu alergik (gatal-gatal). Doktor pun kate..."owh itu alergik tu...nak sy bg ubat gatal" tanpa ada niat nak tengok atau untuk cek masalah lanjut.
Akhirnya aku pon dapat surat refer ke ENT Specialist, HUKM dan juga ubat gatal 3 jenis. Kisah selanjutnya, tunggu lepas dah pergi HUKM.
Swimming at Atok Man's place
9 years ago



