Welcome to my nature life, hope you enjoy reading. It's only 'conteng-conteng' on a freetime :)p
RSS

29 December 2010

Ada apa dengan sebiji bola?



Ada apa dengan sebiji bola? Teringat kata2 aku pada opismate "Kecoh nak tengok bola...dalam kete aku pon ada bola warna pink...boleh tengok puas2.." ataupun "ape la nak direbutkan sebiji bola tu..kalau nak nanti aku belikan bola..." hehe..tu antara ayat yang selalu aku ungkapkan kepada kwn2 lelaki yang gila bola ni...


"Gila Bola"..ungkapan yang selalu diberikan pada peminat2 bola sepak. Miss Inaz minat bola?kompem la tidak...aku lah org pertama yg akan alih siaran tv bila ada tayangan games bola kat tv..huhu...Kalau kat kg, abah nk tengok bola je..mesti aku ngn mak akan minta abah tengok kat tv bawah...


Tapi tak sangka penangan Piala Suzuki AFF 2010 ni boleh buat aku tengok bola. Memang dalam sejarah hidup aku tengok bola sampai habis games. Bermula dengan games MAS vs Vietnam di Stadium Bukit Jalil. Al-kisah aku tertengok sebab housemate aku nk tengok kt tv1...so aku pon layan kan je la...tapi akhirnya aku pon jadi syok sebab MAS dapat menjaringkan gol. Aksi Safee Sali yang membuatkan aku rasa nak tengok dan tengok lagi.heheh..bkn sebab orangnye ye tp sebab performance dia..HEBAT!!..
Mohd. Safee Mohd. Sali, penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010


Dan yang paling tak sangka, hari ini dalam sejarah aku tunggu saat2 berlangsungnya perlawanan akhir antara MAS dan Indonesia. Nak komen lebih pon tak tau sangat pasal bola sepak ni..tapi apa yang aku boleh komen pemain MAS memang hebat. Yang paling hebat beraksi mlm ni aku rasa penjaga gol MAS, Khairul Fahmi..Sentiasa dapat menangkis bola dari masuk gawang gol tapi akhirnya pasukan Indonesia berjaya juga memboloskan 2 gol...tapi MAS tetap pulang dengan kejayaan kerana berjaya membawa pulang Piala Suzuki AFF.


Miss Inaz yang tak suka bola..pendek kata bila sembang pasal bola so boring tapi mlm td aku yg terjerit2 bila bola menghampiri gawang gol..semangat!!...haha..macam xpercaya je aksi sepontan tu..ish3..hehe




Apa2 pon..tahniah pemain Malaysia..HEBAT!!..

11 December 2010

Jom mengenal buah-buahan @ MAHA 2010

Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show (MAHA) 2010 telah berlangsung selama 10 hari di MAEPS, Serdang Selangor.


Wauuuu...1st time dapat pegi tgk..ramainya manusia. Kalau pegi hari sabtu atau ahad, seawal 9 pagi jalan menuju ke MAHA ni dah jem...walau ada stiker parking exibitor tetap kene bersesak-sesak untuk masuk ke tempat parking...kagum betul dengan rakyat Malaysia ni...gigih walau jem berbatu-batu, ada yang sanggup parking jauh dan menapak ke tempat pameran. Semangat rakyat Malaysia...1Malaysia!


Dalam pada sibuk menjadi exibitor, sempat juga berjalan-jalan di hari terakhir. Rugi rasanya kalau tak dapat jalan-jalan tengok pameran. 


Antara ilmu yang dipelajari ialah mengenai buah-buahan. Gambar-gambar ni diambil semasa melawat booth MOA. Sempat jugak la snap beberapa pic untuk kenangan. Jom kita mengenal buah-buahan.



Buah Apel

Nama tempatan : Buah Apel
Nama Saintifik : Diospyros digyna Jacq

Pokok buah tropika yang berasal dari Mexico dan Columbia


Buah Gelugor


Nama tempatan : Buah Asam Gelugor
Nama Saintifik : Garcinia atroviridis

Buahnya dipotong nipis kemudian dikeringkan dan akan digunakan dalam masakan.







Buah Kabung
Nama tempatan : Kabung
Nama Saintifik : Arenga pinnata

Buah ini tidak boleh dimakan begitu sahaja kerana kulitnya mengeluarkan getah yang sangat gatal. Buah ini digunakan untuk menghasilkan gula kabung.




Buah Kelubi

Buah Melaka

Buah Mentega

Buah Nipah

Buah Terap

Buah Kelapa Laut

Buah Pisang Raja Udang



06 November 2010

Foods @ Ice Room

Jalan-jalan Cari Makan @ Ice Room - 15/10/10

Time lunch hour hari jumaat tetiba ada dak opis yang teringin nak makan kat IceRoom. Layankan aje walau time tgh bulan. Hehe...Harga makanan kat sini standard fast food. Bagi yang berjimat tidak digalakkan sebab takut terliur tengok orang len makan ice cream...hehe..Uniknya makanan (kecuali ice cream) kat sini ialah, setiap makanan pasti ada hiasan sayur yang berbeza-beza mcm brokoli, timun, baby sawi dll.

Tak brape ingat ape nama makanan yg dipesan. Layankan je pics ni...jommm...

 Spagheti Bolognese..

 Manggo SnowIce kot nama nya.. kalau salah sorry ye...tp yang pasti perisa manggo..pure buah manggo...perghh sedapnye manggo & strawberry tu...

 Yang ni plak tak pasti namanya..yang pasti rasa macam megi goreng je...

  Yang ni plak fried mee with chicken chop...

Last skali, white coffee...sedap diminum panas-panas...yummy....

Selamat Menjamu Mata...hehe...

05 November 2010

Nasi Goreng Ulam

Menu malam ini, nasi goreng ulam...wah ulam gitu..hehe..

Seharian tak makan nasi membuatkan perut ni lapar nasi. Nak keluar p pasar malam malas pulak. So, p dapur duk korek2 dalam peti ais tengok ape yg ada..ada ulam..yeah..boleh masak nasi goreng..yummy..yummy...

Bahan2 yang digunakan ialah 1 pot beras (dimasak cam biasa), beberapa ulas bawang merah (dipotong2), 6 biji kacang botol (dipotong nipis2), 2 batang sosej mushroom(potong2 jugak), dan sebiji telur. Takde masukkan cili padi macam selalu sebab dalam peti ais xde cili padi.hehhe..nampaknye tak bape uhmm la masakan ku malam ni.
Mula-mula tumiskan bawang sehingga kekuningan, masukkan sosej dan goreng sekejap bersama bawang tadi. Kemudian masukkan telur dan goreng lagi. Setelah telur masak, masukkan nasi dan kacau ia bersama-sama bahan goreng tadi sehingga sebati. Apabila telah rata, masukkan hirisan kacang botol tadi dan kacau lagi. Tidak perlu kacau lama supaya kacang tadi tidak layu. Hidangkan di dalam pinggan dan taburkan beberapa biji petai ulam. Ok..Siap!...telah boleh dimakan...yummy..yummy..

Hidangan ni untuk 3 orang bg yg tak kuat makan..tapi kalu yg mkn byk utk 2 org je bleh...

Bismillahirrahmanirrahim...

P/S : Silakan cuba try test bagi yang berminat.....:D

Hye..hye...

Assalamualaikum...

Blog ni hanya sekadar coretan hati saya di waktu senggang...Buat tatapan diri sendiri dan sahabat-sahabat semua. Selamat membaca dan menjamu mata....hehe...