Wauuuu...1st time dapat pegi tgk..ramainya manusia. Kalau pegi hari sabtu atau ahad, seawal 9 pagi jalan menuju ke MAHA ni dah jem...walau ada stiker parking exibitor tetap kene bersesak-sesak untuk masuk ke tempat parking...kagum betul dengan rakyat Malaysia ni...gigih walau jem berbatu-batu, ada yang sanggup parking jauh dan menapak ke tempat pameran. Semangat rakyat Malaysia...1Malaysia!
Dalam pada sibuk menjadi exibitor, sempat juga berjalan-jalan di hari terakhir. Rugi rasanya kalau tak dapat jalan-jalan tengok pameran.
Antara ilmu yang dipelajari ialah mengenai buah-buahan. Gambar-gambar ni diambil semasa melawat booth MOA. Sempat jugak la snap beberapa pic untuk kenangan. Jom kita mengenal buah-buahan.
| Buah Apel |
Nama tempatan : Buah Apel
Nama Saintifik : Diospyros digyna Jacq
Pokok buah tropika yang berasal dari Mexico dan Columbia
| Buah Gelugor |
Nama tempatan : Buah Asam Gelugor
Nama Saintifik : Garcinia atroviridis
Buahnya dipotong nipis kemudian dikeringkan dan akan digunakan dalam masakan.
| Buah Kabung |
Nama tempatan : Kabung
Nama Saintifik : Arenga pinnata
Buah ini tidak boleh dimakan begitu sahaja kerana kulitnya mengeluarkan getah yang sangat gatal. Buah ini digunakan untuk menghasilkan gula kabung.
| Buah Kelubi |
| Buah Melaka |
| Buah Mentega |
| Buah Nipah |
| Buah Terap |
| Buah Kelapa Laut |
| Buah Pisang Raja Udang |

0 komen:
Post a Comment